Monday, March 23, 2009

Salam Perjuangan

Perjuangan kini sudah kian memeritkan. Dengan tekanan dari segala bahagian, membuat kita lemah lagi penakut. Hmm..dulu kitalah juara sanggup merempuh sebarang mehnah dan tribulasi, usrah tidak pernah tinggal, berhujah menggentarkan musuh, melaksanakan amanah pimpinan dengan pantas besertakan kejayaan, berani bahkan sudah memegang tampuk kepimpinan, tetapi kini semua itu hanya tinggal kenangan. Kita yang dulunya umpama harimau garang kini tidak ubah seperti tikus kerdil yang menjadi mangsa pemangsa ganas. Tolonglah sahabat/iahku..Islam kini sudah malap di bumi kita. Apakah peranan kita ? Dimanakah kita ketika sahabat/iah kita letih, penat dan pening dalam perjuangan ? Sebenarnya banyak wacana, wadah dan ‘method’ yang dapat kita terjemahkan untuk perjuangan. Jika benar sahabat sudah kejauhan, di sini penulis membentangkan kaedah yang mungkin mengembalikan zaman mujahid/dah kita dulu. Antara cadangan penulis ialah kita cuba :
1) menjauhkan diri daripada melakukan maksiat kecil atau besar,
2) berterusan melakukan ibadat harian,
3) membebaskan diri dari begitu keterlaluan di dalam beragama agar mampu memberi komitmen,
4) mengingati waktu-waktu afdhal untuk melakukan ibadat ( reminder ),
5) meletakkan diri dalam dakapan jemaah ( HP dan email kan ada ),
6) memberi perhatian kepada sunnahtullah yang wujud di alam ini,
7) bersedia untuk berhadapan dengan halangan,
8) meneliti dan bertindak secara sistematik,
9) sentiasa mendampingi orang-orang soleh,
10) menghiburkan diri dengan hiburan alternatif,
11) banyakkan membaca buku ilmiah
Rujukan : Wabak Sepanjang Jalan

Oleh yang demikian, timbullah idea untuk menggerakkan Alumni kita agar kita tidak Futur ‘Lemas’ di dalam arus kehidupan. Tolonglah sahabat/iahku…serahkan diri anda demi Islam yang tercinta…………..
1. NAMA DAN ALAMAT BERDAFTAR

1.1 Komuniti ini dinamakan Alumni Kelab Iqra’ UTHM
dan selepas ini dipanggil Alumni KI

1.2 Alamat berdaftar alumni ini ialah di
Pejabat Unit Alumni
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Parit Raja, Johor

Atau di lain tempat atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari masa ke semasa oleh Majlis Tertinggi setelah diluluskan oleh Unit Alumni UTHM

Penubuhan ALUMNI IQRA'

assallammualaikum
alhamdulillah, berkat kesungguhan warga LPPP KI sesi 2009 ini telah berjaya juga menubuhkan Alumni KI. Ini adalah antara misi yang kami ingin capai berdasarkan jangkamasa tentu selam 1 tahun ( rujuk www.lppki.blogspot.com).
Hasil perbincangan bersama staf pejabat Alumni UTHM, maka dengan rasminya Alumni KI berasa di bawah Alumni MPP UTHM yang merupakan badan awal penubuhan kelompok alumni UTHM.