Tuesday, April 21, 2009

UMAT KINI

Umat kini, bola punya hal, pukul 3 pagi boleh bersengkang mata. Bola punya hal ringan aje tubuh untuk bangun di waktu ayam pun tak bangun lagi, TAPI jadi berat untuk bangun QIAMMULAIL dan cukup menyeksakan....
Umat kini, menangis tersesak-esak sebab penyanyi kegemaran terkeluar dari Akademik Fantasia dan sewaktu dengannya. Air mata begitu murah dan mudah melimpah apabila artis yang disukai turut menangis, TAPI berat bagi umat kini yang menangisi kerana dosa yang dilakukannya atau kerana kematian alim ulama....
Umat kini, SMS berpuluh-puluh ringgit dengan senang hati dihantar, janji penyanyi pilihan menang, jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi dan nombor undian, TAPI untuk bersedekah dan berzikir, jari jemari terasa susah untuk digerakkan dengan lancarnya....
Umat kini, gembira sebab anaknya pandai menyanyi dan menari dan sedihnya dia bila anaknya tak layak masuk Malaysian Idol, TAPI tak ramai yang sedih kerana anaknya buta Al-Quran, tidak tahu sembahyang dan tak berakhlak....
Umat kini, sanggup bersesak-sesak di padang konsert dan di stadium, sanggup memberi komitmen dan memeriahkan konsert..sedihnya... TAPI program di masjid kena buat pengumuman baru nak datang..itupun ada yang uzur je memanjang...tak kira perempuan dan lelaki ( confius ). Macam-macam alasan....
Umat kini, setiap tahun adanya pertandingan tilawah Al-Quran tak cukup peringkat kebangsaan, dibuat peringkat antarabangsa, TAPI perlaksanaan ikut sedap hati dia aje. Rasa nak buat hukum ni di buat rasa tak nak buat, dia tak buat..mana yang tak menyusahkan dan tak mengganggu kehidupan dalam mencari kemewahan dunia, dia buat..
Umat kini, setiap tahun mereka sanggup menunggu setia jam 12 malam pada hari merdeka dan tahun baru masihi. Program jam 11.30 malam, datangnya jam 9.00 malam. Bersorak-sorai tak kira lelaki perempuan. TAPI tak ramai yang mampu dan mahu menunggu awal waktu solat di masjid dan melaungkan azan dan solawat dengan semangatnya...
Umat kini, setiap kali aku menulis fakta yang benar dan kenyataan tentang umat kini, pasti ada suara-suara sumbang dan lantang yang cuba mempertikaikan fakta sahih lagi benar berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Tak modenla, jumud, tak ’update’ dan tak ’open minded’ dan banyak lagi hujah-hujah tak berfakta dan tak bertunjangnya Tauhid kepada Allah S.W.T..
Umat kini memang pelik lagi jelik....

Kepada Umat kini, sedarlah, perbanyakkan ibadah kerana hari terakhir kita semua adalah esok yang semakin jelas mendatang...jeng..jeng...jeng... beringatlah...bukti-bukti hari Kiamat sudah jelas terpampang..Cuma menunggu ’green light’ daripada Allah S.W.T......bertaubatlah...

No comments:

Post a Comment