Tuesday, March 17, 2009

Tujuan Penubuhan Alumni Iqra

1 Menegak, mengembang dan meneruskan perjuangan Rasulullah S.A.W sesuai dengan tuntutan Al-Quran dan As-Sunnah.

2 Untuk menyatukan semula ahli-ahli Kelab Iqra’ yang telah tamat pengajian di bawah satu badan alumni.

3 Memperbaiki rohani dan jasmani serta meninggikan akhlak dan iktikad ahli-ahli ALUMNI KI sebagai muslim sejati.

4 Memperbaiki semangat persahabatan dan persefahaman di antara ahli-ahli dengan tidak mengira latar belakang.

5 Mengambil bahagian dalam rancangan-rancangan pembangunan dan kebajikan yang akan memberi faedah kepada ahli KI di kampus, Alumni KI dan sekaligus menaikan nama universiti.

6 Menanam semangat kasih sayang dan taat setia kepada Islam.

7 Berusaha menganjurkan kursus, kelas, seminar, pameran dan pertandingan berhubung dengan kegiatan kerohanian.


KEAHLIAN

     1 Permohonan menjadi Ahli Biasa dan seumur hidup hendaklah dibuat di          dalam satu borang khas dan permintaan ini mestilah dicadang dan        disokong oleh ahli-ahli Biasa. Semua permintaan hendaklah dihantar          kepada Setiausaha Kehormat, Alumni KI.

    2 Ahli-ahli biasa yang telah sampai umur 40 tahun dan suka hendak         mengambil bahagian di dalam rancangan-rancangan Alumni KI bolehlah        dihantar kepada Setiausaha Kehormat Alumni KI.

    3 Majlis Tertinggi Alumni KI bolah menolak permintaan menjadi ahli dengan      tidak menerangkan sebabnya dan keputusannya adalah muktamad.

No comments:

Post a Comment