Wednesday, June 3, 2009

> > > 4 PERKARA UNTUK SIHAT

> > > Empat perkara menguatkan badan

> > > 1. makan daging
> > > 2. memakai haruman
> > > 3. kerap mandi
> > > 4. berpakaian dari kapas



> > > Empat perkara melemahkan badan

> > > 1. banyak berkelamin (bersetubuh)
> > > 2. selalu cemas
> > > 3. banyak minum air ketika makan
> > > 4. banyak makan bahan yang masam



> > > Empat perkara menajamkan mata

> > > 1. duduk mengadap kiblat
> > > 2. bercelak sebelum tidur
> > > 3. memandang yang hijau
> > > 4. berpakaian bersih



> > > Empat perkara merosakan mata

> > > 1. memandang najis
> > > 2. melihat orang dibunuh
> > > 3. melihat kemaluan
> > > 4. membelakangi kiblat



> > > Empat perkara menajamkan fikiran

> > > 1. tidak banyak berbual kosong
> > > 2. rajin bersugi (gosok gigi)
> > > 3. bercakap dengan orang soleh
> > > 4. bergaul dengan para ulama

TOK KENALI (1871 - 1933)

TOK KENALI (1871 - 1933)
Beliau ialah Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kalantani, lahir pada 1287 H/1871M. Ulamak & Wali Besar Negeri Kelantan. Di kenali diperingkat awal dengan panggilan Awang Kenali oleh gurunya Syeikh Ahmad bin Mustafa bin Muhammad Zain al-Fathani.Pada tahun 1969 ke Makkah utk belajar.

Beliau seorang yang warak hatta tidak mempunyai pakaian lebih dari sehelai, tidak memiliki wang, tiada siapa yang mengetahui beliau makan ataupun tidak samada siang ataupun malam. Seorang yang dianggap aneh. Beliau tidak membawa kitab sebagaimana orang lain dlm majlis ilmu. Tetapi memiliki ingatan yang begitu kuat. Beliau duduk dalam halaqah ilmiyyah dengan memejamkan mata. Sehingga orang menyangka beliau tidur.

Hampir semua murid Tok Kenali meriwayatkan bahawa orang yang pernah belajar dengan Tok Kenali semuanya mendapat kedudukan dalam ilmu dan masyarakat. Antaranya ialah Syeikh Idris al-Marbawi,Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti, Tuan Guru Hj Abdullah Tahir Bunut Payung dan ramai lagi dikalangan ulamak.

Beliau aktif menulis. Antara karyanya: Risalatud Durril Mantsurterjemahan dan penjelasan Fadhilat Burdah Bushiri, Madkhal Kamil fi 'Ilmis Sharfi, Mulhiq li Miftahit Ta'allum fi I'rabi Matnil Ajrumiyah wal Amtsilah 'ala Ratbih. Terlibat dlm menyelesaikan pertikaian antara Syeikh Yusuf al-Nabhani dengan Muhammad Abduh (pemimpin Kaum Muda Mesir)Para alim ulamak, asatizah dan orang ramai menyembahyangkan jenazahnya di hari kewafatan beliau pada hari Ahad, 2 Syaaban 1352 H/19 November 1933 M. Jenazahnya ditalkinkan oleh Tuan Guru Hj Mohammad Nor bekas Mufti Kelantan.